
Siapa yang tidak kenal dengan Cik B, anak kepada usahawan tersohor Datuk Seri Vida? Sering menjadi perhatian kerana gelagatnya yang bersahaja, kali ini Cik B sekali lagi mencuri tumpuan netizen menerusi kesungguhannya menjaga kesihatan diri.
Baru-baru ini di laman Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, tampil berkongsi bahawa dia kini sedang mengikuti rutin pemakanan yang ketat di bawah pantauan profesional.
Ada ‘Coach’ Dan Cef Peribadi

Bukan sekadar cakap kosong, Cik B mendedahkan dia mempunyai jurulatih peribadi yang dikenali sebagai Coach Fikry. Walaupun tidak pernah bergambar bersama, Cik B menunjukkan tangkap layar perbualan mereka sebagai bukti dia serius mendapatkan nasihat pakar.
“Ini adalah coach peribadi saya. Tiada gambar dengan dia, jadi tunjuk tangkap layar sahaja,” katanya yang sempat berseloroh memohon maaf kerana tidak mempunyai foto yang menarik bersama jurulatihnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: