
PUTRAJAYA – Food Kingdom X Fun Run 2026 yang diadakan selama tiga hari bermula 23 Januari ini bertempat di Anjung Floria di sini bakal menjadi antara acara awal pada tahun baru seiring sambutan Tahun Melawat Malaysia tahun ini.
Program yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pengunjung pelbagai peringkat umur kerana ia padat dengan pelbagai acara yang digabungkan dengan karnival makanan, gaya hidup sihat dan hiburan untuk keluarga.
Menurut kenyataan, program yang dapat memperkasa ekonomi kreatif dan usahawan tempatan itu juga akan menjadikan ia sebagai salah satu platform berasaskan pelancongan yang akan menarik kunjungan daripada pelancong tempatan serta dari pelbagai negeri.
“Bagi acara utama Food Kingdom (Karnival Makanan), ia akan menampilkan pelbagai kategori vendor makanan termasuk makanan tradisional dan klasik, makanan jalanan, makanan tular, makanan Cina,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: