
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, jam 12:56 tengah hari Isnin.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Reda Dengan Keputusan Hakam – ‘Sudah Hampir Sampai Ke Penghujung’
Bercerai talak satu


Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Puan Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Noraini memerintahkan Uqasha menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula tarikh lafaz talak jatuh dan mendaftarkan perceraian mereka.
Untuk rekod, Uqasha menfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: