Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ekonomi Malaysia diunjur bertumbuh 5.7% pada suku keempat 2025

today16 January 2026

Background


PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Angka tersebut membawa kepada pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.9 peratus bagi keseluruhan tahun 2025, menghampiri pertumbuhan 5.1 peratus pada 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan kukuh ekonomi pada suku tahun keempat dipacu oleh pertumbuhan berterusan sektor Perkhidmatan sebanyak 5.4 peratus (ST3 2025: lima peratus), dan sektor Pembuatan yang berkembang enam peratus (ST3 2025: 4.1 peratus).

“Pertumbuhan sektor Pembinaan kekal kukuh pada 11.9 peratus (ST3 2025: 11.8 peratus), manakala sektor Pertanian turut mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.1 peratus berbanding pertumbuhanmarginal 0.4 peratus pada ST3 2025, terutamanya disebabkan oleh pengeluaran kelapa sawit lebih tinggi.

“Sementara itu, sektor Perlombongan dan pengkuarian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

Junta Myanmar serbu 3 ‘makmal rimba’

Namlan, Myanmar: Junta Myanmar pada Rabu lalu memaklumkan bahawa pihaknya menyerbu tiga ‘makmal rimba’ dipercayai bertanggungjawab menghasilkan sepertiga daripada keseluruhan syabu yang dirampas di negara itu pada tahun lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 January 2026