Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PNB umum tawaran sulung Sukuk Boleh Tukar Bercagar AS$300 juta

today16 January 2026

Background


PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelancaran dan penetapan harga tawaran sulung bagi Sukuk Boleh Tukar Bercagar bernilai AS$300 juta (RM1.218 bilion).

Ia diterbitkan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang diperbadankan di Labuan, iaitu Lunas Capital II Ltd., dengan Lunas Capital I Ltd., sebuah syarikat tujuan khas yang diperbadankan di Labuan sebagai pihak yang berkewajipan.

Sukuk Boleh Tukar tersebut merupakan satu inisiatif strategik yang dirangka untuk memperkukuh kepelbagaian portfolio melalui pengumpulan hasil dalam mata wang asing bagi pelaburan dalam aset global, khususnya sukuk global.

Tawaran itu akan ditukar kepada saham biasa Gamuda Berhad (Saham Asas), sebuah syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur yang mempunyai operasi di seluruh Asia, Australia dan United Kingdom.

Hasil daripada tawaran ini akan diperuntukkan untuk pelaburan dalam aset sukuk global dengan gred pelaburan yang didenominasikan dalam dolar Amerika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post