
Keluarga kepada Nadia Kesumawati Abdul Karim telah mengesahkan bahawa pelakon itu sudah meninggal dunia di Jeddah.
Sebelum ini Nadia dilaporkan hilang di Jeddah, ketika menunaikan umrah bersama dengan sebuah agensi pelancongan.
Menurut laporan terbaru, Naadia Kesuma telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis, 15 Januari, kira-kira jam 8.05 malam di Jeddah, Arab Saudi.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Anaknya, Myra berkata: “Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15/1/2026; khamis sekitar jam 8:05 malam.
“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya & dirahmati Allah.
“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: