
Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara bagi tahun 2025 apabila mencatatkan kehadiran 38 juta pelancong asing setakat November lalu.
Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Ungguli Persada Pelancongan Global, Bakal Jadi Tumpuan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026
Kalahkan Thailand


Pencapaian itu sekali gus meletakkan negara di hadapan Thailand yang hanya merekodkan sekitar 33 juta ketibaan pelancong sepanjang tempoh sama, menurut laporan Bloomberg, susulan pemulihan sektor pelancongan negara tersebut yang bergerak lebih perlahan daripada jangkaan.
Data Tourism Malaysia menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong ini menjadi petanda jelas pemulihan kukuh industri pelancongan tempatan, selain memperlihatkan pertumbuhan konsisten berbanding tahun sebelumnya.
Kemasukan pelancong dari negara jiran serta pasaran utama antarabangsa menjadi antara faktor utama kejayaan itu, ditambah dengan kemudahan perjalanan dan penawaran produk pelancongan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: