
KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan nilai perdagangan negara akan meningkat dalam julat tiga hingga lima peratus tahun ini.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, beliau optimis sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan situasi ekonomi semasa dan ia juga selari dengan unjuran prestasi perdagangan global oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
“Sudah tentu ini sekiranya tiada sebarang kejadian luar jangka dan di luar kawalan kita contohnya kemelesetan dalam ekonomi besar, atau krisis ekonomi pada rakan dagang utama kita.
“Tahun lalu, Matrade menyasarkan pertumbuhan sehingga lima peratus, namun prestasi sebenar mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus, satu kejayaan yang amat memberangsangkan.
“Saya berharap kita boleh memecahkan rekod yang dicatat tahun lalu, namun saya juga akan sangat gembira sekiranya kita mampu mengekalkan momentum ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: