Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Pertama Pegang Pasport, Lelaki Malaysia Nekad Guna ‘Jalan Tikus’ Ke Indonesia Lawat Isteri Kedua

today29 January 2026

Background


Seorang lelaki berumur 46 tahun dari Perak ditangkap pihak berkuasa selepas nekad menggunakan laluan haram untuk pulang dari Indonesia semata-mata mahu menyembunyikan rahsia perkahwinan keduanya.

Lelaki tersebut mendakwa dia terpaksa menggunakan “jalan tikus” kerana pasportnya disimpan oleh isteri pertama, yang langsung tidak tahu bahawa dia mempunyai keluarga lain di Medan.

Rahsia itu terbongkar apabila dia ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dalam satu operasi khas awal pagi semalam, bersama 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) lapor NST.

Isteri Pertama Pegang Pasport, Lelaki Malaysia Nekad Guna 'Jalan Tikus' Ke Indonesia Lawat Isteri Kedua
Sumber Gambar: NST

Menurut Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, lelaki itu mengaku baru sahaja pulang dari melawat isteri keduanya yang sedang hamil lima bulan.

Dia sanggup menggadai nyawa dan melanggar undang-undang menggunakan laluan haram tersebut hanya supaya rahsia poligaminya itu tidak dikesan oleh isteri pertama di rumah.

Tangkapan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post