
Kerajaan Indonesia secara rasmi mempelawa Malaysia untuk menjalin kerjasama strategik dalam membangunkan teknologi semikonduktor generasi baharu bagi memperkukuh kedudukan kedua-dua negara di peringkat global.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, mengakui keunggulan Malaysia yang kini jauh lebih terhadapan dalam ekosistem industri cip berbanding Indonesia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pasaran bagi teknologi semikonduktor generasi baharu masih terbuka luas dan menawarkan ruang kolaborasi yang besar untuk diterokai bersama.
“Malaysia sememangnya lebih maju dalam industri semikonduktor, namun bagi kategori generasi baharu, peluang pasaran masih belum dikuasai sepenuhnya.
“Oleh itu, Indonesia berhasrat mendapatkan sokongan dan kepakaran Malaysia untuk sama-sama membangunkan sektor ini,” ujar beliau semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IEC) 2026 di Jakarta, lapor ANTARA pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: