Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Usaha sama Noir, Paul Pavilion sepanjang bulan Ramadan

today5 February 2026

Background


PETALING JAYA – Noir, jenama produk penjagaan kecantikan telah bekerjasama dengan jenama bakeri Perancis, Paul  yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan di PAUL Pavilion Kuala Lumpur.

Kerjasama itu adalah usaha syarikat untuk mengukuhkan jenamanya sekali gus  membuka laluan buat syarikat untuk menembusi pasaran lebih luas termasuk ke peringkat antarabangsa.

 Pengasas Noir, Eriyca Baiduri Abd Rashid berkata, kerjasama itu adalah satu peluang besar buat syarikat memandangkan jenama Noir itu juga berasal dari Perancis.

“Apabila Paul datang kepada kami, kami memang gembira untuk bekerjasama. Kita tahu Paul adalah sebuah jenama antarabangsa, jadi kami rasa sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman mereka sepanjang Ramadan ini.

 “Bagi Noir, ini bukan sekadar jualan semata-mata tetapi lebih tentang pemasaran. Pada saya, pemasaran adalah nombor satu. Macam mana orang nak beli kalau mereka tak kenal produk kita? Sebab itu kami beri fokus besar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post