
Kalau sebelum ini bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya terhad kepada barang dapur kering seperti beras, minyak, dan tepung, kali ini ada berita yang lebih ‘sejuk’ dan menyegarkan untuk poket anda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan bahawa kategori barangan SARA kini diperluas merangkumi makanan sejuk beku (frozen food) lapor Berita Harian.
Jadi, selepas ini kalau nak beli nugget untuk anak-anak atau lauk pauk sejuk beku untuk mudahkan urusan memasak, anda boleh gunakan bantuan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad.
Pengumuman yang dibuat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara hari ini membawa berita yang cukup inklusif, di mana seramai 22 juta warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima manfaat ini.
Setiap individu akan menerima bantuan berjumlah RM100 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad masing-masing untuk digunakan dalam tempoh setahun, bermula dari 9 Februari 2026…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: