
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, telah memilih anak perempuannya sebagai pewaris takhta, menurut taklimat agensi perisikan Korea Selatan kepada ahli parlimen pada Khamis.
Kim Ju Ae yang dipercayai berusia 13 tahun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerap dirakam berada di sisi bapanya dalam acara berprofil tinggi, termasuk lawatan ke Beijing pada September lalu yang merupakan kunjungan rasmi pertamanya ke luar negara, petik BBC.
Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) menyatakan bahawa penilaian ini dibuat berdasarkan ‘pelbagai keadaan’, termasuklah penampilan awamnya yang semakin menonjol di acara-acara rasmi.
NIS akan memerhatikan sama ada Ju Ae bakal menghadiri kongres parti Korea Utara akhir bulan ini, iaitu acara politik terbesar negara itu yang diadakan setiap lima tahun sekali.
Ahli parlimen Lee Seong-kwen memberitahu wartawan bahawa Ju Ae, yang sebelum ini disifatkan oleh NIS sebagai sedang ‘dilatih’, kini berada di tahap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: