
SUBANG JAYA – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah menyalurkan sumbangan hari raya kepada 3,600 anak-anak asnaf dan golongan yang tidak berkemampuan di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, sumbangan tersebut melibatkan peruntukan hampir RM720,000 dan ia disalurkan secara berperingkat ke seluruh negara.
Katanya, sumbangan itu melibatkan beberapa zon termasuk Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Setiap asnaf dan anak yatim akan mendapat sebanyak RM200 untuk membeli keperluan hari raya.
“Kita bukan sekadar menghulurkan bantuan kewangan, tetapi ingin menghadirkan kegembiraan dan harapan buat anak-anak ini agar mereka turut merasai kemeriahan Syawal seperti insan lain,”katanya.
Beliau berkata demikian pada dalam satu kenyataan sempena Program Shopping Raya 2026 bersama Yayasan Pekema di Zon Tengah hari ini.
Pada majlis itu, seramai 500 asnaf dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: