
Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berpendapat kepentingan negara adalah keutamaan berbanding aspek hak imej dan penajaan melibatkan pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia.
Zii Jia dilaporkan mengemukakan beberapa syarat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam rundingan melibatkannya dengan tawaran badan induk badminton negara itu untuk menyertai skuad Piala Thomas 2026.
Selain itu menurut sumber Harian Metro, pemain ranking ke-64 dunia tersebut meminta masa seminggu untuk membuat keputusan.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Dato’ Seri Lee Chong Wei.
Melihatkan kepada perkembangan semasa itu, Pekan melihat pertimbangan melibatkan negara perlu menjadi keutamaan berbanding semua perkara.
“Dalam konteks sukan profesional, jika benar terdapat kerugian dari segi penajaan atau manfaat, adalah wajar untuk kedua-dua pihak berbincang mengenai pampasan.”
“Pertimbangan utama mestilah kepentingan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: