
Dalam era moden, perubahan ketara dapat dilihat dengan penerapan sains sukan dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan dan pemain. Salah satu elemen yang semakin penting dalam mana-mana sukan pada hari ini ialah kehadiran penganalisis prestasi (Performance Analyst).
Merujuk kepada laman rasmi Institut Sukan Negara, analisis prestasi ditakrifkan sebagai satu bentuk pemerhatian sistematik yang bertujuan meningkatkan prestasi serta membantu dalam proses membuat keputusan ketika perlawanan.
Ia merupakan proses menilai prestasi dalam sukan sambil memperkukuhkan kefahaman terhadap tindakan yang membawa kepada sesuatu keputusan.
Pada masa sama, ia membantu mengoptimumkan prestasi pemain serta menyokong jurulatih dan pemain dalam mencapai keputusan yang membanggakan.
Dalam konteks kejurulatihan, penganalisis prestasi berperanan menyediakan maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif bagi mengenal pasti petunjuk utama berkaitan prestasi dalam sesuatu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: