Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

today23 February 2026

Background
Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia


Anak sulung kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang menderita kanser paru-paru dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin.

Artikel Berkaitan: ‘Andre Mikhail Akan Keluar Hospital, Doktor Minta Keluarga Bersedia…’ – Amyza Aznan

Berita duka itu dikongsikan Amyza, 51, menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi. Minta semua sedekahkan al-fatihah kepada anak saya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun dan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu.

Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bererapa hari lalu bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post