
Seorang wanita berusia 27 tahun dicekup di Kuala Pilah selepas didakwa selamba minum air ketika sedang bersiaran langsung di TikTok sekitar jam 6.45 petang dalam bulan Ramadan.
Tindakan tersebut dipercayai berlaku di kawasan Kuala Pilah sebelum rakaman live itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.
Wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak berpuasa kerana dia masih berpantang. Dia juga dengan sinis mengecam netizen yang mempersoalkan wanita itu seperti bukan beragama Islam.
Dia berkata: “Agama? Islam awak.”
Dia juga gembira melihat ramai yang masuk ke siaran strim langsung yang dia buat sambil meminum air.
Wanita itu menyatakan bahawa dia bangga membuat konten tidak berpuasa untuk tatapan umum dan membidas netizen: “Siapa suruh kamu semua datang ke strim saya.”
Netizen berpendapat, adalah difahami bahawa wanita itu tidak berpuasa kerana berpantang. Namun kenapa dia perlu membuat konten tidak berpuasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: