
Usahawan Kieda Crepe tampil membuat teguran ekoran tindakan segelintir umat Islam yang bangga menayang dosa secara terang-terangan.
Artikel Berkaitan: Perkongsian Bersalin Tanpa Jahitan Jadi Bahan Usikan, Kieda Crepe Berang Netizen Label ‘Karipap Luas’
Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Bersalin Normal, Tak Ada Jahitan’ – Kakak Kieda Crepe Selamat Timang Bayi Perempuan
Teguran


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra menegur umat Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan selain dilihat seolah-olah membuka aib sendiri di media sosial.
Kieda dalam masa sama mempersoalkan soal maruah lelaki dan wanita yang sanggup mempamerkan sikap sedemikian lebih-lebih lagi ketika berada dalam bulan yang penuh keberkatan.
Tak puasa tak mengapa, itu hak anda. Kadang mungkin sebab sakit atau datang bulan.
Tapi jangan la seronok tunjuk. Jangan la bangga tayang dalam live.
Jangan buat live dan rakam muat naik aib video kawan.
Mana maruah kita…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: