
Kejohanan Badminton All England 2026 bakal bermula 3 Mac ini yang menarik kehadiran barisan pemain-pemain terbaik dunia untuk berentap di Utilita Arena Birmingham.
All England bukan sahaja merupakan kejohanan badminton tertua di dunia, tetapi juga menjadi salah satu pertandingan yang paling berprestij.
Dengan sejarah yang bermula sejak 1899, kejohanan ini terus menjadi medan bagi atlet terbaik dunia untuk menguji kebolehan mereka dalam kesemua lima acara dipertandingkan.
Malah, ia merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Sudah menjadi impian kesemua pemain untuk mengungguli saingan All England dan ia tidak terkecuali buat pemain Malaysia.
Lee Zii Jia menjadi wakil terakhir Malaysia yang muncul juara pada edisi 2021 selepas beliau membenam cabaran Viktor Axelsen di perlawanan akhir.
Dalam usaha untuk mengulangi pencapaian tersebut kali ini, harapan kem Malaysia disandarkan kepada 16 wakil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: