
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas dua pertuduhan membabitkan tindakan mencemarkan kesucian al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik di media sosial.
Tertuduh, S. Vikneswaran, 21, yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohama
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana tindakan memijak naskhah al-Quran dengan niat menghina agama Islam. Jika sabit kesalahan, seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, Vikneswaran turut berdepan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau didakwa memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik dan melampau melalui aplikasi Threads dengan niat untuk menyakitkan hati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: