
Penyanyi Marsha Milan mendedahkan dirinya menghidap masalah paru-paru sehingga mengganggu kerjaya seninya.
Marsha ada masalah paru-paru lemah


Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Marsha Milan Londoh, 40, mengakui tahap kesihatannya mula menunjukkan kemerosotan selepas dijangkiti virus Covid-19 beberapa tahun lalu.
Malah, tubuhnya kini mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya setiap kali jatuh sakit, tidak seperti sebelum ini.
Saya ada masalah paru-paru lemah. Setiap kali demam, batuk, atau apa-apa sakit berkaitan paru-paru, memang ambil masa lama untuk pulih.
Paling teruk ketika dijangkiti influenza antara Oktober hingga November tahun lalu. Saya ambil masa hampir dua bulan untuk sembuh.
Meskipun keadaan kesihatannya tidak berada pada tahap yang baik, namun pelantun lagu Hening Rindu ini tetap meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.
Biarpun begitu, Marsha mengakui terdapat beberapa tanggungjawab yang terpaksa disusun semula.
Ada sesi rakaman yang terpaksa ditangguh, persembahan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: