
Industri tenusu negara dikejutkan dengan satu perkhabaran duka apabila Pengarah Ladang Farm Fresh Berhad, Jacob Mathan, 35, disahkan terkorban dalam satu nahas helikopter di Filipina.
Tragedi yang meragut nyawa eksekutif muda ini bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam buat syarikat gergasi tenusu tersebut, malah menoktahkan satu perjalanan kerjaya yang cukup memberi inspirasi.
Kronologi Kejadian & Status Terkini
Insiden malang itu dilaporkan berlaku pada pagi 3 Mac, sekitar jam 7.20 pagi berhampiran daerah Pililla di Wilayah Rizal, Filipina.
Menurut kenyataan syarikat, helikopter yang dinaiki mangsa dipercayai mengalami masalah enjin. Ketika kejadian, mereka sedang dalam penerbangan bagi menjalankan tinjauan rutin ke sebuah tapak yang berpotensi untuk dijadikan ladang baharu.
Turut berada di dalam pesawat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farm Fresh Filipina, Shawn Pu. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan akibat nahas itu, namun kini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: