
Ultras Malaya meminta FAM bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kepada bola sepak negara berkaitan kes pemalsuan dokumen.
CAS baru sahaja mengeluarkan penghakiman mereka ke atas rayuan dibuat FAM untuk mencabar penghakiman FIFA sebelum ini.
Jelas keputusan oleh CAS tidak berpihak kepada FAM, walaupun badan induk bola sepak negara itu sebelum ini memberikan jaminan bahawa mereka tidak memalsukan dokumen pemain seperti didakwa FIFA.
FAM sebelum ini sudah membuat rayuan di FIFA, namun FIFA kekal dengan keputusan mereka bahawa FAM bersalah.
Di mana hasil siasatan FIFA mendapati ada beberapa butiran dokumen yang didpati tidak sama dengan dokumen yang pegawai FIFA sendiri dapatkan daripada negara yang mengeluarkan dokumen kelahiran pemain tersebut.

FIFA malah mengesyaki ada beberapa maklumat telah ditampal dengan ‘liquid paper’.
Lantas FIFA menganggap kes ini sebagai ada ciri ciri jenayah rentas sempadan dan mencadangkan agar laporan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: