
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan inisiatif terbaharu melalui pengenalan Permit Harian Penjaja Bergerak (Tanpa Kenderaan) di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).
Langkah proaktif ini diperkenalkan khusus buat penjaja kecil bagi memastikan mereka dapat mencari rezeki secara sah dan teratur sepanjang bulan suci Ramadan ini.
Inisiatif ini merupakan satu solusi “menang-menang” yang dirangka untuk menyantuni peniaga kecil tanpa mengabaikan aspek ketertiban bandar raya.
Melalui pendekatan penguatkuasaan yang mesra dan berhemah, petugas DBKL kini menyediakan perkhidmatan pendaftaran segera di lokasi.
Ini membolehkan penjaja memperoleh permit dengan mudah tanpa perlu melalui proses birokrasi yang rumit, sekali gus menghapuskan kebimbangan mengenai tindakan penguatkuasaan jika berniaga tanpa lesen.
Peluang Niaga yang Sistematik
Pelaksanaan permit harian ini bukan sekadar memberi ruang berniaga, malah ia bertujuan untuk memastikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: