
PETALING JAYA – Elridge Energy Holdings Berhad (Elridge Energy) menegaskan asas perniagaan syarikat, strategi pertumbuhan jangka panjang dan momentum operasinya kekal kukuh walaupun berlaku turun naik harga saham baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Oliver Yeo berkata, operasi dan pelan pengembangan strategik syarikat terus berjalan seperti yang dijadualkan dan semakan dalaman menunjukkan pergerakan pasaran terkini tidak berkait dengan sebarang perkembangan yang belum didedahkan.
“Berdasarkan semakan kami terhadap analisis Rekod Pendeposit, sebahagian daripada pergerakan harga saham baru-baru ini mungkin disebabkan oleh aliran keluar dana asing.
“Turun naik harga saham boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk aktiviti pengambilan keuntungan selepas kenaikan harga sebelum ini, sentimen pasaran yang lebih luas, serta aktiviti dagangan teknikal biasa.

“Tiada sebarang perubahan terhadap prospek operasi, strategi atau asas perniagaan syarikat. Bagi Elridge…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: