Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

700 PMKS Tempatan Raih Jualan RM28 Juta Di TikTok Shop Bersama KUSKOP

today12 March 2026

Background
700 PMKS Tempatan Raih Jualan RM28 Juta Di TikTok Shop Bersama KUSKOP


Sebanyak 700 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan yang dibimbing oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya mencatat jualan melebihi RM28 juta di TikTok Shop.

Lebih membanggakan, 74% daripada penjual yang terlibat merupakan usahawan wanita, sekali gus menunjukkan peranan penting wanita dalam memacu ekonomi digital negara.

Pencapaian ini merupakan hasil inisiatif peningkatan kemahiran dan pemerkasaan digital yang dilaksanakan secara berstruktur melalui kerjasama antara KUSKOP dan TikTok Shop.

Kejayaan ini diumumkan sempena pelancaran TikTok Shop Bazar Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen IOI City Mall Putrajaya.

Acara ini diadakan bersempena bulan Ramadan dan turut selari dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, sekaligus meraikan pencapaian usahawan wanita dalam dunia perniagaan digital.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, penyertaan tinggi usahawan wanita dalam program ini membuktikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nurul


Previous post