Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Guna teknologi navigasi Garmin, pantau tahap kesihatan pesakit

today12 March 2026

Background


KUALA LUMPUR – Megaklinik Dr Suffian (MKDS) menjalinkan kerjasama dengan teknologi Garmin bagi mengintegrasi protokol rawatan perubatan dalam penurunan berat badan pesakitnya.

Pengarah Urusannya, Dr Suffian Sani Sayuti berkata, kolaborasi itu menjadikan MKDS muncul antara klinik pertama di Malaysia di dalam penghasilan sistem navigasi.

Sistem itu katanya akan mengukur tahap tenaga harian pesakit dan mengenal pasti corak tekanan yang menjejaskan kesihatan.

“Selain itu, teknologi itu akan menilai sistem saraf autonomi pesakit dan mengukur kualiti tidur untuk rawatan lebih holistik.

“Melalui data ini, MKDS dapat membangunkan protokol rawatan yang lebih peribadi, saintifik dan berkesan, sekali gus membezakan klinik ini daripada pusat rawatan konvensional,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Suffian berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan Garmin dalam menganjurkan Cabaran Kecergasan MKDN Bulanan dengan menawarkan jam tangan pintar percuma keluaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Melodi Glam dalam tren curi perhatian

Kuala Lumpur: Perjalanan tren MRT dari Stesen MRT Bandar Utama hingga ke Tun Razak Exchange (TRX) hari ini bertukar meriah dengan penganjuran Melodi Glam Raya Runway yang berjaya menarik perhatian pengguna dan peminat. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 March 2026