
KUALA LUMPUR – Agrobank semalam melancarkan video raya korporat bertajuk ‘Maaf Saya …’ yang membawa mesej empati, penerimaan dan kesedaran terhadap kumpulan autisme serta kepelbagaian neuro dalam masyarakat.
Ia mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan cabaran membesarkan anak autisme, sekali gus mengajak masyarakat untuk lebih memahami bahawa setiap individu mempunyai keunikan tersendiri yang wajar dihargai dan diraikan.
Istimewanya, video ini menampilkan pelakon terkenal tanah air, Que Haidar sebagai teraju utama yang membawa watak seorang bapa yang melalui perjalanan emosi dalam memahami dan menerima keunikan anaknya.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, video raya Agrobank tahun ini bukan sekadar karya sempena sambutan Aidilfitri, malah membawa mesej sosial yang lebih mendalam.
“Golongan neurodiversiti amat dekat di hati kami di Agrobank. Malah sebelum penghasilan video raya kali ini,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: