
Kenaikan harga minyak global susulan konflik di Timur Tengah dijangka memberi impak signifikan terhadap kewangan kerajaan, dengan subsidi petrol sahaja dianggarkan melonjak kepada sekitar RM2 bilion.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menyatakan bahawa subsidi bagi diesel turut meningkat sebanyak kira-kira RM1.2 bilion.
Baca Juga:
Ini menjadikan jumlah keseluruhan subsidi bahan api bagi RON95 dan diesel mencecah RM3.2 bilion, iaitu peningkatan keseluruhan sebanyak RM2.5 bilion berbanding RM700 juta sebelum konflik bermula, petik The Star.
“Kami tidak menafikan bahawa kita terkesan. Kita terkesan kerana harga barangan dipengaruhi oleh harga minyak yang ditentukan oleh kuasa pasaran,” katanya dalam satu sidang media di sini selepas mesyuarat khas Kabinet pada Jumaat (13 Mac).
“Walau bagaimanapun, Kerajaan Madani mengambil pendekatan untuk memastikan rakyat terus menerima sokongan, dan kita dapat mengekalkan bantuan melalui…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: