
Perbualan personaliti media sosial, Maryam Younarae bersama anak sulungnya, Rina dalam perkongsian terbaharu di media sosial menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maryam Risau Dengan Rina, Perlu Sesuaikan Diri Sebagai Muslim Di Korea Selatan
Artikel Berkaitan: Ryzal & Maryam Kongsi Cabaran Dapatkan Sijil Halal, Kena ‘Scam’ RM10,000 Dengan Konsultan


Menerusi perkongsian di Threads, Maryam muat naik video memaparkan Rina bertanya bagaimana dia boleh dilahirkan ke dunia ini.
Omma (nama panggilan Maryam), macam mana boleh dapat Rina? Omma kahwin ke?
Maryam kemudian menjawab dia bersungguh-sungguh berdoa dan merintih kepada Allah SWT supaya Rina dilahirkan menjadi anaknya.
Omma doa dengan Allah SWT. Omma nak Rina, Omma tak minta orang lain, memang nak Rina.
Omma rajin doa memang nak Rina.
Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa syukur atas takdir atas takdir yang menjadikan Rina sebagai anaknya.
Kata Maryam, kehidupannya menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Rina di sisinya.



Klik untuk baca artikel penuh.Sumber: