Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KL Festival Kembali Lagi Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

today15 March 2026

Background
Save The Date! KL Festival Bakal Gegarkan Ibu Kota Bermula 6 Hingga 31 Mei 2026


KL Festival (KL Fest) kembali menggegarkan ibu kota bermula 6 sehingga 31 Mei 2026. 

KL Festival

Dengan membawa tema ‘Ingatan & Masa Depan’, festival ini akan mengambil alih 25 lokasi bersejarah dan ruang awam untuk meraikan kekayaan budaya Malaysia menerusi lebih 80 aturcara yang merangkumi 700 jam pengisian seni. 

Dianjurkan oleh Think City bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pesta ini merupakan sebahagian daripada pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Bandar Kreatif Reka Bentuk UNESCO yang bertujuan memupuk jati diri sivik dalam kalangan warga kota.

Keunikan edisi kali ini terletak pada kepelbagaian persembahan yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari secara inklusif, di mana 90% daripada acaranya adalah percuma untuk orang awam. 

Antara sorotan utama yang bakal menghiasi pentas seni tempatan termasuklah pementasan Fragments of Tuah oleh Mark Teh dan Faiq Syazwan Kuhiri di ASWARA serta persembahan tarian Pending oleh January Low yang bertempat di Dewan Nenek…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post