Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

AFC Batalkan Dua Kemenangan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Asia 2027, FAM Didenda Hampir RM200,000

today17 March 2026

Background
FAM


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya menerima keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Tatatertib & Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung kes menurunkan tujuh pemain yang tidak sah dari segi pendaftaran.

Perkembangan terkini itu disahkan FAM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat pada Selasa, 17 Mac 2026 itu dipengerusikan oleh Jahangir Baglari sekali gus mengesahkan bahawa FAM telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC.

Kesalahan tersebut melibatkan dua aksi penting dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu Malaysia bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac 2025 dan aksi Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun 2025.

Malaysia menang pada kedua-dua perlawanan tersebut dengan menewaskan Nepal 2-0 manakala membelasah Vietnam 4-0.

Namun begitu, kedua-dua keputusan tersebut kini dibatalkan. Malaysia telah diisytiharkan kalah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post