
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila suaminya, Nabil Mahir banyak membantu menguruskan anak-anak mereka selepas pembantunya pulang ke rumah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berserah Kepada Allah, Kalau Ada Rezeki Tambah Anak Kami Tak Tolak’ – Ayda Jebat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja
Jadual harian padat


Menerusi satu perkongsian di Threads, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat, 34, memaklumkan bahawa jadual hariannya yang padat dengan pelbagai aktiviti promosi lagu raya terbaharu menyebabkan dirinya berasa agak keletihan.
Menurutnya, setiap kali dia menawarkan untuk membantu, suaminya akan memintanya supaya berehat dan terus tidur.
Saya bekerja dari pagi, seharian mempromosikan lagu #YaaHariRaya di stesen-stesen radio.
Semalam pula, pembantu saya sudah pulang dan Nabil take over jaga baby.
Setiap kali tanya ada apa-apa yang boleh saya bantu, dia akan jawab, ‘Tak apa, tidur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: