
Terletak di kawasan berbukit di Masjid Al-Mukarramah, masjid ini semakin mendapat perhatian orang ramai khususnya sepanjang bulan Ramadan. Keunikan lokasi serta kemudahan yang disediakan menjadikannya antara destinasi pilihan bagi umat Islam untuk berbuka puasa dan menunaikan solat terawih.
Salah satu pengalaman menarik di sini adalah perjalanan menuju ke masjid itu sendiri. Oleh kerana kawasan parkir terletak agak jauh di kaki bukit, pihak masjid menyediakan perkhidmatan buggy untuk membawa jemaah naik ke kawasan masjid. Kemudahan ini bukan sahaja memudahkan, malah memberikan pengalaman yang sedikit berbeza berbanding masjid lain.
Dari sudut seni bina, Masjid Al-Mukarramah tampil dengan gabungan moden dan tradisional Islam. Reka bentuknya diinspirasikan daripada Masjid Sultan Ahmed, dengan elemen seni bina Uthmaniyah dan Timur Tengah yang jelas kelihatan. Struktur kubah dan perincian reka bentuknya memberi suasana seolah-olah berada di luar negara,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: