
Bulan Ramadan sering dikaitkan dengan kemeriahan berbuka puasa dan persiapan Hari Raya. Namun bagi sesetengah komuniti, terutama golongan kurang bernasib baik, bulan ini juga boleh menjadi masa yang mencabar.
Oleh sebab itu, Sunway sekali lagi meneruskan inisiatif tahunan Sinar Ramadan, sebuah program kebajikan di bawah kempen #SunwayforGood yang bertujuan menyantuni komuniti memerlukan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 individu di Malaysia, melalui sumbangan juadah berbuka puasa, bantuan barangan runcit, hadiah Hari Raya serta pelbagai aktiviti komuniti yang bermakna.
Tahun ini, Sinar Ramadan diteruskan dengan misi yang sama iaitu menyebarkan kegembiraan Ramadan sambil memastikan golongan yang memerlukan terus mendapat sokongan dan perhatian daripada masyarakat.
Untuk tahun 2026, program Sinar Ramadan dimulakan di Johor Bahru dengan memberi tumpuan kepada kebajikan warga emas di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: