Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Alif Satar Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Keempat Pada 2 Syawal

today22 March 2026

Background


Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, berkongsi berita gembira menyambut kehadiran cahaya mata keempatnya yang selamat dilahirkan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Subuh Raya Kedua Isteri Saya Akan Bersalin’ – Alif Satar Bakal Timang Cahaya Mata Keempat

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar

Tahniah Alif!

Menerusi hantaran di Instagram, Alif atau lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut.

Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.

Alhamdulillah, Shad selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh tadi. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian.

Dalam perkongsian itu memaparkan momen anak sulung Alif mendukung bayi berkenaan sambil ditemani dua orang adiknya.

Sebelum ini, Alif memberitahu dia dan isteri dijangka bakal menyambut cahaya keempat mereka pada hari ke-2…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post