Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isi Dalam Bekas Kosong Lebih RM200, Kementerian Kewangan Akan Sekat MyKad Individu Disyaki ‘Songlap’ Subsidi RON 95

today24 March 2026

Background
Isi Dalam Bekas Kosong Lebih RM200, Kementerian Kewangan Akan Sekat MyKad Individu Disyaki 'Songlap' Subsidi RON 95


Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan menyatakan  MyKad pemilik kenderaan yang dikesan mengisi petrol bersubsidi RON 95 dalam kuantiti yang besar akan disekat.

Dalam video tersebut, dua individu dilihat mengisi petrol RON 95 bernilai hampir RM230.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah stesen minyak Petronas di Skudai, Johor. Pasangan berkenaan dikesan mengisi minyak ke dalam jerika sebelum mengisi tangki kenderaan mereka.

Menerusi kenyataan rasmi, kementerian menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah jelas menyalahi undang-undang kerana melibatkan penyalahgunaan bahan api bersubsidi.

Pihak kementerian juga akan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian daripada berulang.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ketirisan atau penyalahgunaan subsidi, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini yang memerlukan kawalan lebih ketat terhadap harga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post