
Legenda Liverpool, Steven Gerrard memberikan saranan jelas kepada pengurusan tertinggi kelab tersebut selepas Mohamed Salah sah akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.
Menyertai Liverpool kira-kira sembilan tahun lalu, Salah telah memenangi kesemua kejuaraan utama bersama The Reds dan sudah tiba masa buatnya untuk mengucapkan selamat tinggal.
Melihatkan kepada keadaan tersebut, Gerrard yang pernah memenangi kejuaraan UEFA Champions League (UCL) 2004/05 bersama Liverpool melihat pasukan tersebut perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pengganti Salah.

Gerrard melihat pemergian Salah memberikan kesan besar terhadap Liverpool bersandarkan kepada sumbangan hebat dicurahkannya selama ini.
Membuat 435 penampilan sepanjang menyarung jersi Liverpool, Mohamed Salah telah meledakkan 255 gol. Satu statistik yang menjadikannya sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah sepanjang zaman buat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: