
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Law Teik Hua menyatakan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang berpunca daripada pembangunan bandar yang tidak terancang dengan pelan mobiliti serantau, serta cabaran keterhubungan dalam sistem pengangkutan awam.
Menurut beliau, banyak pembangunan baharu tidak diintegrasikan secara menyeluruh dengan pelan mobiliti serantau. Kesannya, aliran trafik tertumpu di laluan tertentu hingga mewujudkan titik sempit (bottleneck) trafik yang kronik, lapor Berita Harian.
“Rangkaian pengangkutan awam, walaupun semakin berkembang, masih berdepan cabaran dari segi akses mudah dari kawasan kediaman ke stesen dan dari stesen ke destinasi akhir, sekali gus mendorong orang ramai terus menggunakan kenderaan persendirian,” katanya kepada Berita Harian.
Jelasnya lagi, permintaan perjalanan dan kapasiti infrastruktur tidak seimbang turut memburukkan keadaan kerana pertumbuhan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: