
Dua pasukan terbaik Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia akan berentap pada aksi final Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 yang berlangsung di Stadium Nonthaburi, Thailand.
Membariskan hanya dua pemain yang beraksi dalam Piala Asia 2026, Indonesia selaku juara bertahan masih mampu tampil dengan baik untuk menepati ramalan ke final.
Andarias Kareth cemerlang dengan dua gol pantas dihasilkan pada minit ke-10 dan 13 untuk memberikan kelebihan buat Indonesia pada babak pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Nguyen Da Hai merapatkan defisit jaringan pada minit ke-22 tetapi Muhammad Sanjaya menambah gol ketiga skuad garuda hanya berselang seminit kemudian.
Nguyen Tran Quang cuba merapat kedudukan pada minit ke-30 tetapi ia belum cukup untuk menghalang kemaraan skuad kendalian Hector Souto itu.

Final Impian Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 Temukan Thailand Dan Indonesia
Skrip sama pada aksi separuh akhir kedua selepas skuad tuan rumah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: