Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kos Ubat Meningkat 40 peratus, Peranti Hospital Cecah 100 Peratus

today11 April 2026

Background
Konflik Asia Barat: Kos Ubat Meningkat 40 peratus, Peranti Hospital Cecah 100 Peratus


Konflik geopolitik di rantau Asia Barat yang semakin meruncing bukan sahaja mencetuskan ketegangan antarabangsa, malah riaknya kini mula terasa secara ketara dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.

Rantaian bekalan global yang terjejas teruk telah mengakibatkan lonjakan kos logistik, pengangkutan, serta harga minyak dunia, yang akhirnya memberi tekanan langsung kepada ekosistem industri farmaseutikal tempatan.

Menyedari hakikat dan cabaran ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan bahawa kos ubat-ubatan di negara ini dilaporkan melonjak antara 30 hingga 40 peratus.

Lebih membimbangkan, impak inflasi ini mencatatkan peratusan yang lebih ekstrem dalam sektor peralatan kesihatan.

Konflik Asia Barat: Kos Ubat Meningkat 40 peratus, Peranti Hospital Cecah 100 Peratus
Sumber Gambar: The Asia Parent

“Peranti perubatan di hospital turut mencatatkan peningkatan kos yang lebih ketara sehingga 50 atau 100 peratus kerana pembekal sejak Mac lagi sudah enggan menghantar bekalan,” jelas Dr Dzulkefly bagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post