
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok Kelantan-Thailand terpakai kepada semua termasuk pelajar sekolah.
Menurut beliau, penahanan akan dibuat ke atas mana-mana pihak yang melanggar arahan dengan merentas sempadan secara salah, petik Buletin TV3.
“Isu penutupan pangkalan haram sudah lama dikuatkuasakan lebih setahun yang lalu dan sepatutnya semua sudah tahu serta maklum undang-undang berkenaan.
“Saya sudah maklum sebelum ini mana-mana yang mahu rentas sempadan perlu guna laluan sah iaitu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) termasuk pelajar dan murid sekolah.
“Malah isu pelajar dari Thailand yang bersekolah di Rantau Panjang juga sudah diputuskan dengan beberapa pilihan diberikan sebelum ini.
“Tiada lagi alasan untuk menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang,” jelas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: