
PETALING JAYA – Agrobank menyerahkan tuntutan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) berjumlah RM48,363 kepada 62 pesawah di bahagian Sri Aman, Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya dalam memperkukuh perlindungan kebajikan petani tempatan.
Penyerahan disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sempena Program Gelombang Padi Sarawak: Smart Sawah Berskala Besar di Sri Aman, baru-baru ini.
Diperkenalkan pada September 2024, STTP merupakan skim takaful yang dirangka khusus bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pesawah berdaftar yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal tanaman padi akibat bencana alam, serta serangan makhluk perosak dan penyakit tanaman.
Menurut Pegawai Utama Agro Captive Takaful Limited (ACTL), Mohd. Nor Zamry Mohd. STTP menawarkan perlindungan sehingga RM3,000 sehektar bagi setiap musim penanaman untuk kerugian akibat bencana alam.
Sementara bagi kerugian yang disebabkan oleh serangan makhluk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: