Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

50 Peratus Kedai Tembakau Di Langkawi ‘Bungkus’ Selepas Dikenakan Cukai Duti

today19 April 2026

Background
'Permintaan Hotel, Feri Rancak' – Pihak Berkuasa Nafi Industri Pelancongan Langkawi Merosot


Pengerusi Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir menyatakan banyak perniagaan yang menjual produk tembakau di Kuah, Langkawi telah gulung tikar kerana duti yang dikenakan menyebabkan harga barangan tersebut kini hampir sama dengan kawasan lain di negara ini.

Beliau berkata pemulihan status bebas cukai mampu merancakkan semula pelancongan di Langkawi, yang dahulunya menjadi tumpuan utama untuk membeli-belah barangan murah, petik The Star.

Kuah, yang merupakan pusat komersial dan pentadbiran pulau itu serta pintu masuk utama feri, sebelum ini adalah hab bagi jualan tembakau bebas cukai.

“Kira-kira 50% kedai tembakau telah ditutup selepas hilang daya saing harga berikutan pengenaan duti.

“Jetty Point, yang dahulunya antara outlet bebas cukai terbesar, kini telah berhenti menjual produk tembakau,” katanya semalam.

Zainudin menambah bahawa aktiviti membeli-belah bebas cukai telah menjadi tarikan utama Langkawi sejak ia digazetkan sebagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post