
PETALING JAYA – Pusat servis motosikal berteraskan komuniti, Spana komited untuk membuka 10 cawangan baharu sepanjang tahun ini dalam usaha memperkukuhkan jenamanya.
Pengerusinya, Datuk Rosyam Nor berkata, perancangan untuk memperluaskan rangkaian cawangan di seluruh negara telah dibincangkan secara menyeluruh dengan Bangi dipilih sebagai lokasi bagi cawangan kedua.
Rosyam memberitahu selain Lembah Klang, kawasan Pantai Timur turut dilihat mempunyai potensi besar untuk perkembangan perniagaan tersebut.
“Menjadi impian kami untuk melihat lebih banyak cawangan Spana dibuka. Mengikut perancangan, 10 lagi cawangan akan diwujudkan, termasuk di Kuala Terengganu dan Kuantan selain sekitar Lembah Klang.
“Dalam jangka masa panjang, kami berharap Spana dapat berkembang ke seluruh negara melalui konsep francais, sekali gus membuka peluang perniagaan kepada lebih ramai anak muda,” katanya dalam satu kenyataan.
Rosyam yang juga pelakon dan penerbit terkenal berkata, buat masa ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: