
Menteri Kewangan Indonesia membangkitkan cadangan untuk mengenakan cukai laluan terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Melaka dan Selat Singapura, namun pantas meredakan isu tersebut.
Beliau menegaskan bahawa Jakarta sama sekali tidak berniat untuk mengeksploitasi laluan perairan strategik berkenaan semata-mata demi meraih hasil kewangan.

Ketika berucap dalam sebuah simposium kewangan di Jakarta pada Rabu (22 April), Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, secara jujur mengakui kedudukan strategik Indonesia di selat tersebut yang menjadi nadi utama perdagangan dan tenaga global.
Walaubagaimanapun, beliau sedar bahawa langkah untuk menukar kelebihan itu menjadi sumber pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah, dan mungkin juga tidak wajar untuk dilaksanakan.
“Kalaulah ia semudah itu, tapi hakikatnya tidak,” ujar beliau dalam ucapannya sambil menarik perhatian kepada pelbagai kekangan dari sudut undang-undang,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: