
Lembaga Zakat Selangor menegaskan bahawa kes penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan institusi tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bahawa kes berkenaan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya pengurusan zakat di bawah institusi itu.
Zakat Selangor turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan dan oleh itu pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut buat masa ini.
Sebagai institusi zakat rasmi Negeri Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Zakat Selangor beroperasi dengan sistem tadbir urus yang telah ditetapkan serta tertakluk kepada undang-undang sedia ada.
Pengurusan dana zakat di institusi ini juga melalui beberapa peringkat semakan termasuk audit dalaman, audit luaran serta pemantauan pihak berautoriti bagi memastikan setiap dana diurus secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: