Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bengang Ditegur Bakar Bunga Api Untuk Gambar Kahwin, Individu Didakwa ‘Balas Dendam’ Lebih Dahsyat

today27 April 2026

Background


Pada hari semalam, kami sudah melaporkan tentang gangguan ketenteraman awam yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan individu yang melakukan penggambaran untuk perkahwinan dengan berlatar belakangan percikan bunga api.

Penduduk setempat memaklumkan sekali lagi bahawa disyaki individu yang sama datang kembali dengan melakukan pembakaran bunga api yang lebih dahsyat.

Bengang Ditegur Bakar Bunga Api Untuk Gambar Kahwin, Individu Didakwa 'Balas Dendam' Lebih Dahsyat
Sumber Gambar: Threads

Difahamkan siri kejadian berikutnya berlaku pada 2 pagi semalam di mana rakaman memperlihatkan bunga api telah dibakar untuk tempoh yang lama.

Kedengaran bunyi detuman yang kuat sekaligus pasti cukup mengejutkan sesiapa sahaja yang berdekatan di kawasan tersebut.

“Gangguan bunyi mercun pukul 2 pagi di Debayu Setia Alam buat kali kedua. Sebelum ni kes pengantin, ini hari dia datang balas dendam balik ke?,” terang seorang penduduk.

Bengang Ditegur Bakar Bunga Api Untuk Gambar Kahwin, Individu Didakwa 'Balas Dendam' Lebih Dahsyat
Sumber Gambar: Threads

Sebagai buktinya, rekod maklumat digital rakaman itu juga memaparkan tarikh ia dirakam yang tertera 27 April,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post