Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Harga Daun Kari Naik Sehingga RM18 Sekilogram’ – CAP

today3 May 2026

Background
'Harga Daun Kari Naik Sehingga RM18 Sekilogram' – CAP


Pegawai Pendidikan Pertanian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow menyatakan harga daun kari di pasaran kini dijual antara RM14 hingga RM18 sekilogram.

Beliau berkata sedemikian selepas menerima maklumat menerusi tinjauan pihaknya di beberapa pasar awam baru-baru ini, petik Harian Metro.

Menurutnya, segenggam daun kari atau kira-kira 100 gram itu dijual pada harga antara RM3 hingga RM4.

“Ada beberapa pasar didapati menjual daun kari pada harga tinggi. Dulu, daun kari sering diberi percuma kepada pelanggan jika mereka membeli kelapa tetapi kini tidak lagi.

“Sepatutnya, harga daun kari berharga kira-kira RM1 sekilogram, tetapi kini meningkat antara RM14 hingga RM18 sekilogram,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pihaknya menyeru supaya masyarakat menanam sendiri sayuran atau tanaman herba di rumah sebagai langkah penjimatan.

Tanaman seperti daun kari memerlukan modal sebanyak RM1 saja serta tidak menggunakan ruang yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Howe lega Newcastle tamatkan badi kekalahan

Newcastle: Pengurus Newcastle United, Eddie Howe, akhirnya boleh menarik nafas lega selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Brighton & Hove Albion 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James’ Park, semalam.

today3 May 2026